Professional Association of Diving Instructors
Professional Association of Diving Instructors

Professional Association of Diving Instructors

Persatuan Jurulatih Selaman Profesional; bahasa Inggeris: The Professional Association of Diving Instructors (PADI) adalah penyedia keahlian selaman rekreasi terbesar di dunia dan merupakan sebuah organisasi latihan selaman yang mula ditubuhkan pada tahun 1966 oleh John Cronin dan Ralph Erickson.[1] Cronin asalnya ialah seorang jurulatih untuk organisasi selaman NAUI yang kemudiannya berhasrat untuk menubuhkan organisasinya sendiri bersama Erickson, dan seterusnya berhasrat untuk membina modul latihan selaman yang pelbagai mengikut kursus selaman yang berlainan supaya dapat dijadikan pilihan oleh ramai orang khususnya buat penyelam baru dan berpengalaman.[2]Jajaran kursus PADI yang disediakan adalah bermula dari ("Scuba Diver (Discover course)" dan "Open Water Diver") sehinggalah "Master Scuba Diver" dan beberapa jajaran pensijilan / latihan kejurulatihan selaman. Dari persekutuan mereka seperti, Diving Science and Technology (DSAT) (Teknologi dan Sains Selam), mereka juga turut meyediakan kursus selaman teknikal, termasuklah selaman nyah mampatan, selaman trimix dan gas campuran.Sistem PADI menyeliputi pelbagai modul dengan objektif pembelajaran standard yang terbahagi kepada pembangunan kemahiran teori dan praktikal. Teori adalah suatu cara pembelajaran yang menggunakan kaedah pemerhatian terhadap visual CD-ROM atau on-line, buku, jadual dan kira-kira didalam kelas.[3] Semua pilihan pembelajaran yang disediakan secara kaedah teori oleh PADI akan disertakan dengan paparan video untuk membantu pelajar berimaginasi dengan apa yang mereka baca, ini secara tidak langsung dapat memberi kesan segera untuk pelajar memahami konsep dan langkah selaman yang diperlukan. Pengesahan terhadap tahap pencapaian kemahiran pelajar kemudiannya akan dinilai para jurulatih skuba berkemahiran tinggi menerusi sesi praktikalnya. Sesi praktikal biasanya akan dilakukan didalam kolam renang atau kolam selaman yang sama digunakan untuk melatih pelajar yang mengikuti kursus open water. Selanjutnya selepas selesai sesi latihan di kolam pelajar akan dibawa ke laut terbuka untuk ujian kemampuan menyelam di laut terbuka. Jika berjaya menamatkan latihan, pelajar akan diminta untuk menjawab soalan bertulis (biasanya ujian akan dibuat dalam format objektif). Jika lulus ujian, maka pelajar akan diberikan kad /sijil selam skuba sebagai suatu bentuk lesen untuk menyelam skuba di seluruh dunia.Kursus PADI adalah berdasarkan kepada konsep pencapaian terhadap program menyelam itu sendiri. Bermula dari peringkat permulaan dan perkenalan sehinggalah ke peringkat pengetahuan praktikal. Kursus yang disediakan oleh PADI adalah unik kerana ia hanya mengajar kepada apa yang sepatutnya diajar kepada seorang penyelam, ini bermaksud kursus PADI tidak akan diajar pada bab-bab yang bukan relevan dan pada bab yang secara praktikalnya tidak ditempuhi oleh penyelam apabila mereka melakukan selaman. Kursus PADI menyeliputi asas pengetahuan kepada bidang fizik selaman, fisiologi selaman, dan aras kimia dan biologi yang dibina pada setiap peringkat program. Juga kursus PADI turut menekankan tentang kaedah penggunaan gajet selaman dan kerelevanannya untuk digunakan pada sesuatu bentuk selaman. Penerangan yang lebih esoterik dalam konsep ini akan ditinggalkan untuk kursus lain agar kursus akan datang yang akan ditempuhi ole penyelam dapatlah penyelam memahaminya dengan mudah. Sistem praktikal yang cuba di berikan ini sebenarnya cukup memenuhi keperluan dan kehendak nilai falsafah pembelajaran moden dan selalunya pembelajaran yang diterima akan sentiasa dipertingkatkan setiap kali sesi latihan dilakukan.[4][5]PADI adalah ahli kepada Majlis Latihan Skuba Rekreasi Dunia.[6]